Sunday, 9 August 2015

Bintulu: Fenomena Awan Ribut

Assalamualaikum dan apa khabar semua,

Hari ni aku nak share beberapa gambar kejadian awan ribu yg berlaku di hometown aku ni semalam 8 Ogos 2015...

Mashaallah...satu fenomena yg x pernah berlaku sepanjang aku tinggal kat sini...

Sungguh indah & hebat ciptaan Allah....

Kejadiaan ni berlaku lebih kurang pukul 7.30 pagi....

Aku sempat ambil beberapa gambar:


Gambar 1: Pembentukan Awan Ribut


Gambar 2: Awan Ribut Bergerak Seperti Asap


Gambar 3: Awan Mula Bergerak Seperti Ombak


Gambar 4: Awan Semakin Dekat


Gambar 5: Angin Membentuk Awan Yg Menarik

Gambar ni aku ambik depan rumah aku....

Inilah yg dikatakan kita hidup di akhir zaman, macam2 perkara pelik berlaku....waktu ni angin kuat sangat....

Gambar bawah ni aku dapat dari fb dan whatApp:



Gambar 6: Awan Seperti Ombak


Gambar 7: Awan Kelihatan Bergulung

Ribut yg berlaku ni mungkin effect daripada berlakunya Taufan Soudelor yg melanda Taiwan dan China baru2 ni...

Ni je gmbar yg sempat aku kongsi nanti aku kongsi video nya pulak...huhu

"Maafkn sy, Doakn sy"

Friday, 7 August 2015

Detik Penantian Masa Depan

Salam semua pembaca,

Perrrrhhh lama dh tak share & borak dgn korang hari ni aku nak kongsi detik penantian masa depan...

Sekarang 10.36 aku ada 3 hari 15 jam 04 minit lagi sebelum keputusan UPU,USM & UM diumumkan...

Cepatnya masa berlalu bak kerlipan mata....sekarang cuma Tawakal & Doa yg mampu aku lakukan...

Apa pun yg berlaku, aku yakin & percaya semua ada hikmahnya...Rezeki tu milik Allah & Allah tahu apa yg terbaik untuk kita dan anda semua...rezeki kita sudah ditetapkan cuma kita perlu usaha...

Aku nak ucapkan semoga berjaya buat semua student STPM, Matrix, Asasi, Dip, dan lain2 utk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi...yg bakal diumumkan 11 & 12 ogos ni....


Sebelum korang semak tu doa bnyk2 & selawat...kalau berjaya bersyukurlah & yg x berjaya sabar inshaa allah rezeki korang bakal menyusul tak payah malu....

Sapa yg baca blog ni doakan aku dpt UPU @ UM @ USM ye...huhu

Maafkn sy, Doakn sy

Saturday, 1 August 2015

Hari Kemenangan Aidifitri

Salam semua,

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya buat seluruh umat Islam....

Aku ingin memohon maaf zahir dan batin buat korang semua yg tengah membaca blog ni....

Maaf sbb x update blog ni sbb aku agak biz sepanjang minggu lepas xda kesempatan nak menulis & x da idea nak tulis apa2....hehe

Apa2 pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidifitri buat korang semua...

"Maafkan sy, Doakan sy"

Monday, 13 July 2015

Ramadhan Yang Dingati 17 JULY 2014

Assalamualaikum dan Selamat datang para pembaca sekalian,




17.7.2014 merupakan satu tarikh yg sukar utk dilupakan oleh rakyat Malaysia khususnya...

Tarikh berlakunya tragedi pesawat MH-17 yg dipercayai terhempas akibat ditembak oleh pihak yg tidak bertanggungjawab...

Kini, 17.7.2015 genaplah setahun tragedi ni berlaku...

Sebenarnya, ada 2 peristiwa yg berlaku pada tarikh tersebut yg mungkin aku x dpt lupakan:

1. Aku hampir dpt 4 A utk Semester 2 STPM

Berkat bulan ramadhan, Alhamdulillah, aku tidak menyangka yg aku boleh dpt ...........utk stpm Sem 2 STPM....perasaan ketika itu bercampur gembira & sedih...namun hanya syukur yg tergambar difikiran ketika itu...

Sedih? Kenapa sedih sbb ia berkait dgn peristiwa yg kedua....

2. Tragedi MH-17

Pada awalnya aku begitu tidak ambil tahu tragedi ni kerana sebelum ni ada sebuah lagi pesawat Malaysia yg dikatakan telah hilang sampai sekarang....Sebelum dpt result Sem 2, baru aku tahu yg salah seorang daripada penumpang pesawat MH-17 merupakan rakan sekelas aku sewaktu Form 2 & Form 3 & arwah sekeluarga...& aku mengenali arwah sewaktu di Tingkatan 1....

Ketika itu tak dpt digambarkan perasaan antara tergamam, sukar utk dipercayai & sedih....waktu itu dh tak terfikir lagi tentang result aku sem 2 STPM...tiada apa yg mampu dikatakan melainkan kalimah Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun...

Namun aku redha, arwah pergi pada bulan yg penuh dgn kemuliaan dan kekayaan dan pada penghulu segala hari yakni hari Jumaat, Allah lebih sayangkan arwah sekeluarga....

Sahabat, aku doakan semoga dikau sekeluarga ditempatkan dalam kalangan org2 yg soleh & solehah...Al-Fatihah

Kepada pihak yg bertanggungjawab,
Siapa pun anda..... Dimana jua anda?
Larilah ke mana2 dan sembunyilah dimana2,...
Anda mungkin dpt lari dari undang2 manusia (Human Law),
Anda mungkin terlepas dari pengadilan dunia, Mahkamah Antarabangsa, Mahkamah dunia....
Tapi ketahuilah anda tidak akan dpt lari dari pandangan Allah walaupun sesaat Tuhan yg Maha Melihat lagi Maha Mengetahui...
Anda tidak akan terlepas dari Mahkamah Pengadilan yg sebenar, bukti2 yg mustahil utk disangkal, saksi2 bakal ditampilkan, dan tiada lagi peguam2 bela @ hakim2 yg mampu dirasuahkan....
Anda nantikanlah......

"Maafkn sy, Doakn sy"


Tuesday, 7 July 2015

Lailatul Qadar Hadiah Teristimewa

Assalamualaikum dan Salam 10 Malam terakhir Ramadhan,

Pantasnya masa beredar dan berlalu pergi hingga tidak terasa bahawa tetamu istimewa kita bakal pergi meninggalkan kita...

Sedih dan sayu rasanya ;(

Bila bercakap soal 10 malam terakhir Ramadhan, ramai org akan berbicara tentang malam Lailatul Qadar, pasti korang tahu apa itu malam Lailatul Qadar...

Paling tidak pun pasti semua korang tahu Surah apakah yg diturunkan berkaitan malam Lailatul Qadar ni...

Siapa pun yg memperoleh malam Lailatul Qadar ni seolah2 dia beribadah 83 tahun @ 1000 bulan.... 1000 bulan, kita sendiri pun belum tentu dpt hidup 1000 bulan...

Inilah hadiah teristimewa yg diberikan khusus kepada umat Islam dan hanya mereka yg benar2 menghidupkan malam Ramadhan dgn penuh pengharapan sahaja yg bisa menjadi calon penerima hadiah teristimewa ini...

Kalau hari ni umur kita 18 tahun, 20 tahun, 50 tahun, ataupun 80 tahun, persoalannya ialah berapa kali Allah menghadiahkan kita untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar yakni malam yg lebih baik dari seribu bulan, Anda Jawab!!!!



Antara amalan yg boleh dilakukan apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadhan ialah:


  1. Melakukan Qiamullail
  2. Menggerakkan keluarga utk solat malam
  3. Tidak mendatangi isteri
  4. Amalkan doa panjang yg ikhlas
  5. Merenung makna Al-Quran
  6. I'tikaf
Mari kita memburu 10 malam terakhir, kerana ganjaran menanti hamba-hamba-NYA yg bersungguh2 dlm amalnya...alangkah ruginya jika dlm hidup kita x dpt malam yg penuh pengampunan ini...

"Gersang bumi tanpa hujan...gersang akal tanpa ilmu...
gersang hati tanpa iman... gersang jiwa tanpa amal..."

"Maafkn sy, Doakn sy"



Saturday, 4 July 2015

Kemuliaan Al-Quran

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Aku cukup gembira diatas kesudiaan korang untuk membaca blog ini, Semoga korang terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah di bulan yg penuh keberkatan ni...

Sempena menyambut bulan Nuzul Al-Quran, aku ini kongsi kat korang keistimewaan Al-Quran dan kelebihan orang yg membaca serta menghayati Al-Quran:

1) Keistimewaan Al-Quran
  • Setiap huruf yg dibaca dikira ibadat
  • Terpelihara daripada sebarang perubahan
  • Mukjizat paling agung kepada Rasulullah SAW
  • Kandungannya lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia

2) Kelebihan Orang yg Membaca serta Menghayati Al-Quran
  • Jiwa menjadi tenang
  • Terhindar daripada kemungkaran
  • Diberkati atau diredhai Allah S.W.T
  • Mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat
Oleh itu, mari sama-sama latih diri kita untuk jadikan Al-Quran peneman & panduan hidup kita walau dimana sahaja kita berada...

Kalau hari ni kita mampu latih diri untuk jadi seorang yg hebat bicaranya,
Kalau hari ni kita mampu latih diri untuk jadi seorang Atlet yg pantas berlari,
Kalau hari ni kita mampu latih diri untuk mendaki puncak gunung tertinggi di dunia,
Kalau hari ni kita mampu latih diri untuk kuruskan badan dan bina bentuk badan yg hebat,

Tapi, kenapa hari ni kita tidak mampu latih diri untuk menjadi pencinta & orang yg menghafaz Al-Quran yg bakal menjadi Hujjatun Laka kita pada hari akhirat kelak...

Semoga tulisan ini merantai tali kebaikan buat semua....Amin

"Maafkn sy, Doakn sy"


Friday, 3 July 2015

Nuzul Al-Quran (Peringkat Penurunan Al-Quran)

Assalamualaikum adik,abg,akak dan semua pembaca yg disayangi,

Hari ni merupakan 16 Ramadhan jadi kali ni aku nak kongsi dengan korang peringkat penurunan Al-Quran secara ringkas sempena menyambut nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan ni.....

Peringkat Penurunan Al-Quran
  • Al-Quran diturunkan pada malam Isnin 17 Ramadhan 13 tahu sebelum Hijrah dan tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad SAW.
  • Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW.
  • Ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW ialah ayat 1-5 surah Al-Alaq melalui perantaraan malaikat Jibril
  • Peristiwa ini terjadi ketika Nabi Muhammad SAW bertahannus (menyendiri) di Gua Hirak.
  • Terdapat 30 juzuk dan 6666 ayat.

Sumber: Jawatankuasa Program Ihya Ramadhan ( JAKSA ) 1436H

"Maafkn sy, Doakn sy"