Aku cukup gembira diatas kesudiaan korang untuk membaca blog ini, Semoga korang terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah di bulan yg penuh keberkatan ni...
Sempena menyambut bulan Nuzul Al-Quran, aku ini kongsi kat korang keistimewaan Al-Quran dan kelebihan orang yg membaca serta menghayati Al-Quran:
1) Keistimewaan Al-Quran
- Setiap huruf yg dibaca dikira ibadat
- Terpelihara daripada sebarang perubahan
- Mukjizat paling agung kepada Rasulullah SAW
- Kandungannya lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia
2) Kelebihan Orang yg Membaca serta Menghayati Al-Quran
- Jiwa menjadi tenang
- Terhindar daripada kemungkaran
- Diberkati atau diredhai Allah S.W.T
- Mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat
Kalau hari ni kita mampu latih diri untuk jadi seorang yg hebat bicaranya,
Kalau hari ni kita mampu latih diri untuk jadi seorang Atlet yg pantas berlari,
Kalau hari ni kita mampu latih diri untuk mendaki puncak gunung tertinggi di dunia,
Kalau hari ni kita mampu latih diri untuk kuruskan badan dan bina bentuk badan yg hebat,
Tapi, kenapa hari ni kita tidak mampu latih diri untuk menjadi pencinta & orang yg menghafaz Al-Quran yg bakal menjadi Hujjatun Laka kita pada hari akhirat kelak...
Semoga tulisan ini merantai tali kebaikan buat semua....Amin
"Maafkn sy, Doakn sy"
No comments:
Post a Comment