Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua,
Alhamdulillah hari ni aku sangat bersyukur kerana masih lagi dikurniakan 2 nikmat terbesar dalam hidup yakni nikmat Iman dan Islam...
Pada hari Jumaat penghulu segala hari ini, kita patut rasa seronok terutama Jumaat yg jatuh pada bulan Ramadhan... bnyk kekayaan-kekayaan berlipat kali ganda yg dpt kita rebut dan ambil pada hari tersebut...
Dalam sehari sahaja kita sudah boleh jadi org terkaya dalam dunia terutama datangnya tetamu kita yakni Ramadhan...
Hari ni aku nak share kekayaan-kekayaan yg ditawarkan kepada kita umat Islam tetapi ramai dalam kalangan kita umat Islam tidak merebut kekayaan ini:
1. Solat Sunat Subuh
Solat dua rakaat (Sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya. Ini mengambarkan dua rakaat sebelum subuh nilainya lebih mahal daripada dunia. Inilah kekayaan yg ramai umat islam tidak menyedarinya dan tidak ramai yg mahu merebutnya...
Kita lebih memilih kemiskinan tidur daripada melakukan kekayaan dalam solat sunat dua rakaat sebelum Subuh...utk menjadi kaya dunia dan akhir kita perlu jaga solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh...
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a , isteri Rasulullah SAW, bahawa baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (Sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
2. Hari Jumaat
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam. Pada hari Jumaat banyak kekayaan di dalamnya antaranya ialah waktu mustajab doa...ini kekayaan yg tidak ada tandinginya dengan kekayaan-kekayaan yg lain...waktu ini ialah waktu yg paling baik untuk kita memohon pengampunan kepada Allah SWT...
Hari Jumaat merupakan hari yg patut kita rebut kelebihan daripadanya dan perbanyakkan berdoa pada waktu tersebut...terutama waktu mustajab doa...
3. Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan bulan yg penuh dengan kekayaan....terutamanya malam Lailatul Qadar, malam yg lebih baik dari seribu bulan....
Apa yg ingin aku sampaikan kat korang ialah bertapa beruntungnya kita umat Islam jika pada bulan Ramadhan ada 5 atau 6 hari merupakan hari Jumaat dan kita sentiasa menjaga solat sunat sebelum subuh...kita sudah jadi org terkaya didunia dan akhirat....
Cth paling mudah, andai bos korang bagi gaji RM 2000 sebulan, bos korang ckp pada hari Jumaat dia akan bagi bonus sebulan gaji, kemudian siapa yg dtg awal ke pejabat akan dibagi bonus setahun gaji...memandangkan bulan tersebut merupakan bulan istimewa bos korang bagi korang double bonus sebulan gaji...dan itu belum termasuk ganjaran2 yg lain lagi....
Rasanya korang dah boleh jadi jutawan... Marilah sama-sama kita rebut kekayaan-kekayaan ini...
Baiklah dah nak masuk waktu berbuka ini, sampai disini sahajalah,
Selamat berbuka untuk korang ;)
"Maafkn sy, Doakn sy"
No comments:
Post a Comment