Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Semua,
Ahlan Ya Ramadhan... Jom Puasa..
Bila bicara soal bulan Ramadhan, aku rasa sangat berbesar hati untuk mengulas serba sedikit berkaitan dengan bulan yg penuh barakah dan pengampunan ni..
Hebatnya bulan Ramadhan kerana banyaknya ganjaran dan kekayaan-kekayaan yg bakal diberikan kepada kita umat Islam yg tidak ada pada bulan-bulan yg lain, kalau boleh setiap bulan ialah bulan Ramadhan... bulan Ramadhan juga boleh dikatakan sebagai bulan kekayaan huhu
Pada kali ini aku nak kongsi buat pembaca-pembaca sekalian 5 Kelebihan Ramadhan:
1. Memupuk Takwa
Ramai dalam kalangan kita dilatih untuk berpuasa sejak kecil lagi tapi ada yg start berpuasa seawal usia berumur 5 tahun, 8 tahun dan mungkin ada yg 12 tahun...tapi masih ramai yg tidak memahami apa tujuan sebenar berpuasa? Anda yg membaca ni tahu tak kenapa kita berpuasa?..
Ya...betul jawapannya untuk memupuk Takwa, menjadikan kita org yg bertakwa kepada Allah SWT.
Persepsi dari kecil kita dididik bahawa puasa hanya menahan diri dari lapar dan dahaga... sebab itulah ramai yg hanya sekadar mendpt lapar dan dahaga sahaja kerana mentafsirkan puasa dari sudut menahan lapar dan dahaga bukan dari sudut matlamat utama kenapa kita perlu berpuasa...
Bagi pembaca yg nak tahu apa itu takwa boleh rujuk mana2 ustaz dan ustazah @ ustaz google anda..hehe
2. Mengajar erti syukur
Adik2, Abg2, Akak2, dan semua... datangnya Ramadhan untuk melatih kita menjadi org yg bersyukur kepada Allah SWT... mungkin hari ini kita dpt menikmati juadah yg sedap-sedap ketika berbuka tapi persoalannya adakah kita bersyukur atas nikmat yg kita dapat?
Dengan berpuasa kita dapat merasakan bagaimana kehidupan mereka yg miskin dan tak mampu membeli makan dan minum...saudara2 kita di negara2 lain, ada yg langsung tidak dpt berbuka kerana tidak ada makan dan minum..sehingga ada yg bertanya kepada mufti sah tak puasa mereka jika tidak berbuka sebab tidak ada makanan dan minuman...
Bersyukurlah wahai para pembaca walaupun sedikit...
3. Mendidik Sabar
Apabila Ramadhan mengajar kita untuk bersyukur segara langsung ia mendidik kesabaran kita...
Org yg sabar belum tentu bersyukur, tapi org yg bersyukur sudah tentu sabar... bulan ini kita dilatih untuk bersabar, sabar menahan lapar dan dahaga, sabar daripada marah, sabar daripada melakukan maksiat... sabar sangat penting dlm kehidupan kerana sabar merawat jiwa kita untuk terus berjuang dan org yg sabar tidak pernah rugi kerana fitrah manusia sebenarnya sentiasa dlm kerugiaan kecuali mereka yg beriman dan bersabar...
4. Hijrah ke arah kebaikan
Aku percaya yg kita semua pasti pernah buat dosa... bohonglah kalau korang cakap korang tak pernah buat dosa... mungkin ada pembaca2 blog ini terdiri daripada mat rempit, minah rempit, kaki pukul, kaki kutuk, suka fitnah org, penjenyah, tak pernah solat 5 waktu @ suka buat maksiat... nasihat aku bulan ramadhan nilah peluang dan harapan untuk korang berhijrah ke arah kebaikan... rebut peluang bulan Ramadhan ni untuk korang berubah dan bertaubat...
Percayalah org yg berdosa tidak semestinya tidak mempunyai masa depan dan org yg suci tidak semestinya tidak mempunyai masa lampau...
5. Membersih hati
Hati ialah raja kepada kita. Rosak hati rosaklah kita... banyak ibadat yg boleh kita lakukan semasa bulan Ramadhan untuk membersih hati mentarbiah jiwa...terutamanya membaca Al-Quran..
Bulan Ramadhan merupakan bulan diturunnya Al-Quran... dengan membacanya hati akan jadi tenang... dan dibulan nilah kita dapat melatih jiwa kita untuk tenang dan melatih kita istiqamah dalam melakukan ibadat...
Di bulan ini juga kita dapat menunaikan solat Terawih yg tidak ada pada bulan-bulan yg lain...
Apa yg dapat aku simpukan ialah Bulan Ramadhan merupakan wadah untuk kita menjadi org-org yg bertakwa... bukan harta, pangkat @ kecantikan yg akan dinilai di akhirat nanti tapi ketakwaan kita kepada Allah SWT yg akan dinilai... Aku doakan semoga kita semua menjadi org yg bertakwa...
Syukur+Sabar+Buat Kebaikan+ Hati yg bersih = Takwa
"Maafkn sy, Doakn sy"
No comments:
Post a Comment